Tengah risau sebab nak kena induce? Jom baca entry saya ini moga2 dapat berkongsi pengalaman & tenangkan hati awak sikit.
Pada 3 April 2017, saya ke Hospital Serdang untuk follow up position uri (sebelum ni uri di bawah). Jadi lepas ambil nombor & tunggu giliran, doktor pun panggil. Doktor mulakan procedure dengan scan 2D. Alhamdulilah uri telah normal & naik balik.
Masa tu usia kandungan dah 37 Minggu 3 Hari. Selesai urusan scan uri, mereka scan size baby saya pula. Bercelaru sikit doktor tu gerak-gerakkan alat scan tu. Saya dah risau, ada apa yang tak kena ke?
"Puan, air ketuban puan kurang lah, ni je yang saya dapat (sambil tunjuk di skrin)"
Aku dah kaget.
"Jadi macam mana doktor?"
"Kejap ya (sambil teruskan scan).....Ok puan dah 37minggu, kandungan dah cukup bulan, masuk ward lah, esok kita induce"
GULPPPPPPPPPP......
Rasa bingung sekejap sebab datang nak checkup je, tapi tiba-tiba kena warded. Risau betul saya time tu. Terus call mak & maklumkan kena induce. Semua dekat rumah dah panik. Husband EL serta merta.
3 April 2017
Seharian saya duduk di PAC Hospital Serdang (ruang kecemasan bersalin) sebab tiada kekosongan katil untuk saya. Sampai ke malam saya masih duduk di PAC. Tiada apa-apa yang berlaku sepanjang hari, cuma monitor tekanan darah, urine & buat CTG selang 4-6 jam (alat check pergerakan baby).
4 April 2017
Saya dah mula nervous, saya fikirkan akan kena induce harini, tapi masih tiada khabar akan ada katil yang kosong sampailah petang 3pm, baru saya dapat katil. Pinggang sakit betul masa tu sebab tidur suka hati je di PAC, tidur kat sofa je. Dapat katil rasa lega je. Masih dengan rutin yg sama, check tekanan darah & buat CTG je di ward sampai ke malam. Ada doktor yang datang untuk check bukaan bersalin, sakit sikit mula2, tapi percayalah, tarik nafas & bertenang ya. Tapi saya masih belum ada sebarang bukaan. Jadi doktor maklumkan akan induce subuh nanti.
5 April 2017
Usai solat subuh, saya menunggu di depan bilik rawatan dalam kawasan ward tu juga. Ada juga ibu2 lain yang bakal di-induce juga. Perasaan time tu takpayah cakap, gusar yang amat. Gusar sebab taktahu method apa yang akan digunakan oleh doktor. Induce ada beberapa teknik ya korang. Ada yang masuk ubat ikut kemaluan, ada yg masuk belon di kemaluan & juga drip induce.
Jadi saya melangkah masuk ke bilik rawatan. Macam biasa doktor akan check bukaan. Ingat, kekal bernafas & relax kalau taknak sakit. Bukaan masih tiada. Doktor cakap akan masukkan ubat induce satu dos dahulu. Ubat dia warna putih, macam panadol. Doktor seluk kali kedua untuk masukkan ubat tu. Lepas masuk ubat, awak takboleh bergerak sangat atau ke toilet dalam tempoh sejam sekurangnya.
Hari pertama induce berlangsung tanpa sebarang progres, saya tak rasa apa2, saya masih tenang & tak sakit. Jam 2pm doktor panggil untuk cek bukaan. Masih hampa. Tiada bukaan. Jadi doktor kata akan masukkan dos kedua esoknya.
6 April 2017
Usai subuh, sekali lagi ke bilik rawatan. Macam biasa, doktor check bukaan. Masih tiada progres. Jadi doktor masukkan dos kedua. Mengikut fahaman saya, limit dos hanyalah sampai 3 dos, jika masih tiada progres, akan kena czer. Jadi doktor check bukaan macam biasa, dan katanya cuma tip of finger - 1cm macam tu je. Justeru itu, doktor masukkan dos kedua. Selesai urusan di bilik rawatan saya masih santai macam biasa. Makan breakfast, main telefon sementara menanti jam 2 petang untuk check progress. Jam 2 petang doktor panggil ke bilik rawatan. Lagi sekali check bukaan, masih tidak menunjukkan progress, masih 1cm, jadi doktor masukkan dos ke-3. Gusar hati saya tuhan je tahu sebabnya saya taknak kena czer, saya nak bersalin normal. Menjelang petang, kesakitan macam senggugut kecil mula terasa. Saya sedikit gembira sebab finally rasa sedikit sakit, bermaksud ada progress. Masa waktu melawat, suami datang menenangkan hati, saya masih boleh ketawa. Masa ni ada keluar darah & lendiran sikit, saya bertanya dekat nurse, nurse cakap itu normal, tanda nak bersalin. Jadi sediakan pantyliner/pad ya kalau kena induce.
Menjelang malam, jam 11, sakit makin terasa, sampai saya takboleh tidur, berbaring ke kiri tak kena, ke kanan tak kena, duduk pun tak kena, sakit dia lebih sakit dari sengugut. Saya menangis sebab tak jumpa solution untuk hilangkan sakit. Jadi jam 12 malam wad dah sunyi sepi, saya decide untuk pusing2 sekitar wad dengan harapan bila berjalan sakit akan kurang. Hampa, sampai jam 2 pagi saya menanggung kesakitan sebelum terlelap sendiri.
7 April 2017
Jam 4 pagi, nurse datang menjalankan rutin harian, check BP & buat CTG. Saya terjaga & kesakitan masih terasa tapi lebih berkurang. Nurse cakap, jam 7 pagi nanti pergi ke bilik rawatan untuk check bukaan. Pagi tu tenang, saya ke tandas, masih ada darah & lendiran. Sementara menunggu giliran, saya nampak seorang perempuan india (yang induce bersama sejak dos 1), dia dibawa dengan kerusi roda, sempat saya menyapa 'ke labour room ke?', dia angguk lemah & kesakitan.
Lemah & down betul saya rasa masa tu, sebab saya je yg tinggal daripada ramai2, yg sudah di-induce tetapi masih tiada progress, yang lain semua dah selamat ke labour room.
Saya berbaring & berharap ada progres. Doktor wanita yang bakal check saya melihat riak wajah saya yg sedih dan berkata 'InsyaAllah ada progress, saya check laluan ya, jangan sedih'
Semasa check laluan doktor cakap
'Alhamdulilah, alhamdulilah, dah 5cm, boleh tolak ke labor room, sekarang awak boleh pergi breakfast dulu, nak mandi dulu ke, buat semua sekarang, sebab nanti takboleh dah.'
Fuhhh... Lega betul rasa masa tu! Kucar kacir whatsapp suami suruh dia standby barang2 nak ke labor room, sempat jugak kirim milo, bekalan untuk nak meneran kelak!
Saya tenangkan diri, makan breakfast (nasi goreng cina), mandi wangi2 nak jumpa anak mama!
Selesai semua urusan, saya berjalan perlahan ke kaunter nurse untuk ambil baju baru, nak tukar lepas mandi nanti, tengah jalan, air ketuban saya pecah, mengalir tanpa dapat dikawal. Panik betul time tu! Nurse suruh saya bertenang & selesaikan urusan di toilet (mandi, kencing) kemudian naik ke katil, ready untuk di tolak ke labor room! Oh masa ni rasa sakit lebih sikit daripada senggugut tapi terkawal & masih mampu ditanggung. Jadi saya tenang je sedut milo sambil ke labor room.
Journey di labor room akan saya kongsikan di entry seterusnya!
No comments:
Post a Comment