Sunday, April 30, 2017

Pengalaman Induce Bersalin Part 2

Hai korang,

Entri ini akan ceritakan pengalaman saya di labor room.
Untuk kronologi awal dari hari pertama saya kena masuk ward korang boleh baca entri Pengalaman Induce Bersalin Part 1

Jadi, saya di tolak ke labor room setelah bukaan mencecah 5cm.

Labor room di Hospital Serdang selesa, bilik satu-satu jadi suami boleh teman saya.
Sampai di labor room saya dipasangkan alat CTG untuk check pergerakan baby saya. Nurse cakap alat itu akan dipasang sampai saya bersalin. Annoying jugak sebab kita tengah sakit tapi ada benda melekat dekat perut. Hahaha.

Saya berbaring dengan tenang, tahap kesakitan saya rate 6/10 lah time tu, memang lebih sakit daripada senggugut tapi masih tertanggung. Jam menunjukkan 8.30 pagi. Nurse datang masukkan air garam sebab kita tak boleh makan & minum. Nurse jugak tanya dah kencing ke belum. Saya cakap dah, tapi dia nak suruh kencing jugak & masukkan tube ke saluran kencing, pehh ngilu sikit tapi banyak jugak keluar (walau dah buang air sebelum tu).

Jadi nurse cakap, kalau sakit boleh sedut gas Entonox. Ada salur pump tepi katil, so anytime rasa sakit contraction nurse suruh sedut gas tu.

Jadi jam dah 9am, kesakitan dia makin ketara, suami tenang di sisi menenangkan saya yang selang 10 minit contraction. Dia lebih sakit dari enggugut, tapi sakit kat perut, ari2 & belakang pinggang serentak. Keseluruhan dari pinggang ke bawah memang terasa sakit dia tiap kali contraction. Tiap kali contraction saya sedut gas tu, sedut, sedut, sedut, sampai dah lali & lalok. Effect sedut gas tu mmg jadi lalok & mengantuk sikit, rasa macam hisap dadah pulak, high betul. Kahkah.

Jam 10.30 pagi saya dah taktahan sakit dia, nurse ada kasi option untuk kasi ubat tahan sakit, akan inject kt punggung, nurse cakap ubat tu akan kurangkan rasa sakit je, bukan menghilangkan, ubat tu juga akan buat saya mengantuk, saya ON je asalkan sakit berkurang. Nurse pun inject.

Jam 10.45 pagi, kesan ubat tu dah mula terasa, memang berkesan, sakit berkurang, saya makin kurang merengus. Dalam masa sama rasa mengantuk. Saya lalok & tak hirau apa berlaku sampai jam 12.30 tengahari. Sakit dia datang balik, kesan ubat makin berkurang agaknya.

Nurse datang nak check laluan, masih kekal 5cm, saya bertanya

"Nurse, ubat tahan sakit ni boleh amik lagi ke?"

"Boleh, tiap 4 jam baru boleh inject, tu pun kalau bukaan belum sampai 7cm, sebab lepas 7cm kita tak boleh inject dah, nanti awak tidur & tak meneran"

Saya jeling jam, aduh lambat lagi kalau nak cukup 4 jam, pukul 2 nanti baru boleh request ubat tahan sakit lagi. Saya terus sedut gas tu untuk distract supaya lalok. Saya terus lalok sampai jam 2 petang sebelum dikejutkan dengan bunyi perempuan menjerit tanpa henti. Ngeri betul bunyi dia. Buat kita jadi lemah semangat terus.

Nurse melangkah masuk. Saya bertanya

"Nurse, orang tu kenapa? Dia nak beranak jugak ke?"

"Ya, dia baru masuk drip jam 12 tadi, awak pun patut dah drip Pitocin (sejenis induce terakhir sebelum czer), tapi kita tak cukup peralatan, kejap lagi baru kita drip awak."

"Oh, drip. Benda tu memang sakit ke? Memang kena eh?" Saya tanya sebab takut, dari peha sampai kaki memang dah shaking teruk. Taktahu sebab takut ke sebab sejuk. Kahkah.

"Awak nanti lepas drip jadi macam orang tu lah, memang kena drip sebab nak suruh contraction lebih kerap supaya bukaan lebih cepat" Nurse senyum nipis, dan berlalu sebelum kembali dengan peralatan drip.

Drip dah masuk, saya dah redha dengan any possibilities. Setiap kali contraction saya mengerang sambil genggam tangan suami sekuatnya. Kadang kala saya mengerang kuat sangat sambil suami suruh bertenang & selawat banyak2.

Taklama, sejam je dah ada kesan drip Pitocin tu untuk saya, jam dah pukul 2.30ptg. Contraction dah lebih kerap, 2-5 minit sekali. Saya makin tak keruan. Keadaan berlarutan sampai jam 3.30 petang sebelum saya terasa nak berak.

Saya teringat pesanan kakak, bila dah nak beranak, kalau rasa nak berak terus panggil nurse, mungkin dah ready nak bersalin. Saya suruh suami panggil nurse.

Nurse masuk dengan muka kurang senang (taktahu saya overthinking ke apa).

"Kenapa?"

"Saya rasa nak berak"

Nurse pun check bukaan lagi.

"Okay dah 7cm, kena tunggu 10cm baru boleh teran"

"Tapi saya rasa nak meneran sangat ni"


"Okay, teran lah."

Me struggling teran. Lol. Hampa.

"Kan saya dah cakap, belum lagi, nanti doktor datang pukul 5.20ptg, kalau takde opening kita kena czer"

Huhuhuhu........

Jam baru 3.30, nak tunggu 5.20ptg lama lagi. Aduh mampu ke nak tahan sakit yang dah tak tertanggung tiap 2 minit. Saya teruskan menahan sakit.

Jam 4.30 ptg, saya betul2 rasa sakit & rasa macam ada benda nak keluar + menolak di bahagian kemaluan membuatkan saya asyik nak meneran. Tapi since nurse tu easily annoyed, saya meneran sambil kepit kaki. Saya takut nak bukak kaki takut terkoyak ke apa (since takde nurse/doktor yang tunggu dalam bilik tu untuk monitor).

Disclaimer : Korang jangan buat perangai ni please, anak saya keluar kepala lonjong sikit sebab saya meneran lama sangat sambil kepit kaki. Just sebab taknak nurse annoyed, padahal boleh je panggil sejak 4.30 ptg bila saya yakin baby dah nak keluar.

Keadaan meneran sambil kepit kaki tu berlarutan sampai 5.15 ptg.

Nurse pun masuk dengan santainya. Saya dah tak tertanggung, saya terus cakap

"Saya yakin saya nak meneran ni nurse"

Nurse masih tenang check drip, belek2 bacaan CTG. Saya terus pandang nurse tu dengan muka serius  nak meneran. Sebab sejak 4.30 petang lagi memang saya yakin saya dah boleh meneran.

Nurse datang dan suruh sy kangkang untuk check laluan.
Nurse tengok, dan huru-hara suruh suami pergi panggil nurse/doktor.

"Okay puan, bukaan dah 10cm, puan boleh teran" 
Nurse tu dah panik sikit. Mungkin tak sangka bukaan dah 10cm.

Halfway meneran, baby dah keluar separuh, baru semua nurse & doktor sampai. Alhamdulilah teknik meneran hanya bila contraction datang sangat membantu. Teknik meneran dengan sekali nafas juga mengurangan energy saya wasted. Korang boleh baca banyak lagi teknik meneran.

Saya teruskan meneran sebelum nurse cakap nak gunting. Saya dah redha sebab fikirkan nyawa baby saya. Tupppp....bunyi gunting. Tak rasa apa okay. Sebab sakit contraction kot?

Tepat jam 5.27 petang, baby saya keluar. A princess. Terus baby menangis & diletakkan atas dada. Happy betul time tu. Yes, memang hilang semua sakit. Like totally hilang!

Setelah selesai semua urusan bersihkan baby, saya sedia untuk di jahit. So jahitan akan dibuat 3 layer dia cakap, dalam, tengah dan luar.

"Yang dalam & tengah kita bius ya, yang luar je kita tak bius, so sakit sikit tahan ya"

Nurse tadi cakap supaya aku prepare mentally.

Kahkah, kangkang jelah redha nurse tu jahit. Bila sampai jahitan luar, sepatutnya sakit, tapi alhamdulilah dipermudahkan, saya tak rasa apa. Takde sakit pun.

Kemudian datang doktor pakar, untuk check keadaan saya, perut di scan lagi sekali guna ultrasound bertujuan untuk check kalau ada apa2 tertinggal di dalam rahim. Nampak cebisan2 tompok di mesin scan.

Doktor cakap kena korek keluar. Fuhhh, lagi sekali kena seluk, dan ya, nurse masuk keseluruhan tangan dia ke dalam rahim sambil tekan perut & korek. Fuhh, memang menjerit beb. Nasib selesai dengan cepat, cebisan uri yang tertinggal berjaya dikeluarkan.

Doktor suruh berehat & baby dibawa ke saya untuk kasi susu.
Nurse cakap nanti kita naik ward, awak tunggu dulu ya.

Saya tunggu dari lepas bersalin sampai 11 malam baru boleh naik ward. Dalam kelaparan. Makan & minum time breakfast tu je. Jadi ini sejenis sesalan lah tak prepare milo banyak sikit buat alas perut. Korang boleh prepare okay?

Itu sahaja pengalaman yang iolss nak share. Berdoa banyak-banyak untuk yang nak bersalin ya. InsyaAllah dipermudahkan. Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...